marqee

Madu Asli Berkhasiat Tinggi

new

asf

aktiviti




as-Salammualaikum & Salam Sejahtera

Pernahkah anda merasa sampai naik muak dengan 1001 macam produk kesihatan yang berada di pasaran sekarang ini, kalau saya dah sampai muntah dan pening dengan promosi si tukang2 ubat...Cubalah tuan! Cubalah puan! Produk A gerenti jamin bagus, terbukti, mujarab dll., produk B,C..hingga Zzz semuanya guna pakej yang sama, yang teruk... kita semua yang jadi tikus putih mereka, mungkin juga kita sakit bukan disebabkan keracunan racun tapi keracunan ubat agaknya...!

Realitinya zaman fast food ni mengalakkan ramai orang fast die, memang kita tak boleh nak sabar kalau sedang sakit kalau boleh nak telan ubat yang sekelip mata boleh baik, terus boleh kerja... dan kerja...(Memang itulah yang banyak di pasaran...!) 

Tanpa kita sedari, tubuh kita semakin padat dengan formula-formula kimia yang terhasil dari sumber makanan, minuman, ubat-ubatan dan seumpamanya...Mau tak mau kesan ledakannya terpaksa kita terima dengan penderitaan yang tiada hentinya, apatah lagi bagi yang tidak berkemampuan... namun bagi yang berada pula, apalah gunanya jika ikan bilis dengan lobster pun nampak sama sahaja jika sudah diselubungi pelbagai penyakit.